VIRAL
Netizen Masih Terpegun Doorgift Majlis Kahwin Luna Maya - "Ingatkan Dapat Periuk Nasi, Sekali Coffee Machine!"
Salah seorang pereka fesyen Fiziwoo iaitu Izree Kai Haffiz sempat berkongsi video dirinya menghadiri majlis persandingan Luna Maya di TikTok.
Menerusi perkongsian tersebut, Izree kelihatan teruja dan kagum dengan dekorasi majlis yang cukup mewah dan eksklusif.
“My POV at Luna Maya & Maxime Weddinf Affair”, tulisnya.
Namun, apa yang paling menarik perhatian netizen adalah hadiah tetamu yang diterima oleh pereka fesyen itu.
Menurut Izree, pada awalnya dia menyangka hadiah tersebut hanyalah sebuah periuk nasi namun terkejut apabila mendapati hadiah sebenarnya adalah sebuah mesin kopi.
“Rice cooker? nope. It’s coffee machine guys”, kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata rata netizen turut meluahkan rasa kagum dan tidak menyangka doorgift yang diberikan oleh Luna Maya adalah semewah itu.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Goodies dia ada coffee machine,cawan, coffee capsule, vitamin, skincare pun ada. Aku tengok kat Tiktok Luna Maya.”
“Malaysia bagi kopi paket, dia bagi mesin terus. Jiwa ku meronta ronta..”
"Ini baru la level artis sultan kahwin," komen netizen.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mula menjalinkan hubungan pada tahun 2022 dan akhirnya mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di COMO Shambhala Estate, Ubud, Bali pada 7 Mei lalu.
Must-Watch Video