Hiburan

Netizen Minta Tips Untuk Suami Isteri, Ini Respons Shila Amzah - “Jangan Berhenti Bercinta Walaupun…”

gempak
Asyikin Mayudin
28/03/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Minta Tips Untuk Suami Isteri, Ini Respons Shila Amzah - “Jangan Berhenti Bercinta Walaupun…”
Penyanyi Shila Amzah berkongsi pertanyaan daripada netizen yang inginkan tips untuk pasangan suami isteri yang hubungan sudah dingin dan kurang berkomunikasi.
Bagaimanapun isteri kepada pempengaruh Ubai MZ ini berkata dia berasakan dirinya tidak layak untuk memberi sebarang nasihat disebabkan perkahwinannya belum sampai setahun.
“Allahu, Sha pun belum setahun kahwin dengan Ubai, tak sesuai untuk Sha bagi tips apa-apa,” kata Shila.

Tips Perbaiki Perhubungan

Pada perkongsian yang sama, Shila bagaimanapun berkongsi pesanan daripada seseorang kepadanya yang mengatakan pasangan sepatutnya sentiasa bercinta biarpun selepas berkahwin.
Malah, berkomunikasi antara satu sama seperti berbincang mengenai perkara yang berlaku sepanjang minggu atau bulan juga adalah tips untuk memperbaiki perhubungan.
“Tapi seseorang pernah ingatkan Sha, Jangan berhenti bercinta walaupun selepas kahwin, dari masa ke masa tetap kena pergi dating.
“Effort kena macam sebelum kahwin sebab itulah maksud perhubungan. Satu lagi yang Sha ingat adalah, berbincang dalam sekali sebulan mengenai perkara yang macam postmortem kita punya hubungan.
“Apa yang each other boleh improve, tapi acknowledge juga apa yang partner kita buat, yang buat kita happy that week or that month,” kongsi Shila.
Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

BERITA TRENDING: “Mendidihnya Hati Ini, Tapi Nasib Bulan Puasa” - Status Shila Amzah Undang Tanda Tanya

BERITA TRENDING: Dengar Bunyi Cakar & Pintu Digegar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Pulau Langkawi!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live