gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Minyak Zaitun Palsu Ancam Kesihatan, Penyelidik Bongkar Fakta Mengejutkan
HIBURAN
Pemain Keyboard Ungu, Gatot Kies Meninggal Dunia
HOLLYWOOD
Pelakon Jual Sabun Daripada Air Bekas Mandian Sendiri - "Kalian Asyik Tanya, Jadi Saya Simpan"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Netizen Mula Curiga Kisah ‘Housemate Pocong’, Hairan Tiada Ahli Keluarga Mangsa Munculkan Diri - “Update Gambar Kubur…”

gempak
Asyikin Mayudin
28/05/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Mula Curiga Kisah ‘Housemate Pocong’, Hairan Tiada Ahli Keluarga Mangsa Munculkan Diri - “Update Gambar Kubur…”
Kisah mengenai ‘Housemate Pocong’ menjadi tular di laman sosial sejak minggu lalu dan lebih menyedihkan individu terlibat yang dikenali sebagai Cikgu Nina dikhabarkan meningga dunia.

Rekaan semata

Bagaimanapun, netizen mula berasa curiga dan membuat spekulasi dengan mengatakan kisah tersebut seperti rekaan semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah ‘Housemate Pocong’ Berakhir Dengan Tragis, Cikgu Nina Dikhabarkan Meninggal Dunia - “Arwah Tak Tidur, Tak Makan Berhari-Hari”

Menerusi platform Threads, seorang individu mendakwa kisah itu seperti tidak benar disebabkan tiada seorang ahli keluarga wanita itu muncul untuk mengesahkan kesahihan.
Selain itu, individu tersebut juga berasa keliru dengan rumah dalam kisah itu dikatakan dua tingkat namun yang tular di media sosial adalah flat.

“Jawapan dah jumpa. Kisah pocong yang viral itu hanyalah rekaan semata-mata. Kenapa? Satu, tidak ada satu manusia pun update muka si cikgu Nina itu.

“Termasuk mak, ayah, kawan dan cikgu. Kedua, dikatakan meninggal, tidak diberitahu meninggal di mana, update gambar kubur tak jelas.
“Ketiga, dalam cerita tulis rumah dua tingkat, tapi yang ditunjuk rumah flat,” tulisnya.

Pemilik rumah

Bagaimanapun, tular pula komen seorang pengguna Facebook yang mendakwa dirinya adalah pemilik rumah tersebut dan berharap kisah itu tidak menganggu sumber pendapatannya.
“Saya adalah pemilik rumah tersebut. Saya harap disebabkan cerita ini jangan sampai manti tak ada orang nak sewa bilik-bilik di rumah saya.

“Tolong jaga perasaan keluarga arwah dan juga saya. Itu satu-satunya rumah yang ditinggalkan isteri saya untuk cari rezeki kepada ketiga-tiga anak saya yang masih kecil.

“Buat masa ini saya adakan tahlil pada setiap malam di rumah tersebut selepas solat Isyak sejak malam Jumaat,” tulisnya.
Pelbagai reaksi netizen terhadap komen tersebut dan kisah yang masih menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Hantu
#Pocong
#Mangsa
#Cikgu Nina
#Housemate Pocong
Must-Watch Video