Viral
Netizen Murung Lihat Gadis Berhijab Berjoget Bersama Petai, Durian & Tembikai
Seorang usahawan menggunakan cara berbeza untuk mempromosikan jenama pakaian dan tudung miliknya.
Menggunakan buah-buahan tempatan serta ulaman sebagai props untuk memperkenalkan rangkaian produk terbarunya, usahawan bernama Annas Easkey itu memuat naik video promosi tersebut di laman Twitter miliknya, @AnnasEaskey.
"Lepas ni mungkin awak akan lebih mencintai buah-buahan dan ulam-ulaman lepas tengok video ni. Likes kalau = setuju. Retweet = jadi murung," tulis Annas dalam nada berseloroh.
Video promosi berdurasi seminit itu menampilkan beberapa model anggun berhijab menari bersama nenas, betik, durian, rambutan, tembikai, mangga serta petai dan telah menjadi tular di laman Twitter.
Sebanyak 28,000 pengguna Twitter menekan butang retweet dan hampir 12,000 pengguna menekan butang likes sebagai respon kepada tweet Annas.
Rata-rata netizen membalas tweet Annas dalam nada bergurau dengan mengatakan mereka menjadi 'murung' selepas melihat video tersebut.
Pengguna Twitter turut memuji usaha Annas dalam mempromosikan produk keluarannya menerusi video yang dihasilkan secara kreatif dan menggunakan idea di luar kotak.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Lepas ni mungkin awak akan lebih mencintai buah-buahan & ulam-ulaman lepas tengok video ni
Likes kalau = Setuju ❤️
Retweet = Jadi Murung ? pic.twitter.com/6NpZR7xuxv— Annas Easkey (@AnnasEaskey) August 14, 2017
Must-Watch Video