Hujung minggu lalu, saat orang ramai sibuk menantikan kehadiran tahun 2023, pelakon Fatin Afeefa mengejutkan peminat dan netizen apabila mendedahkan yang dia kini sudah bergelar isteri kepada lelaki bernama Aliff Awang.
Sungguhpun tidak memuat naik sebarang gambar perkahwinan, namun, foto-foto Fatin Afeefa mengenakan baju kahwin ada dikongsikan oleh beberapa pengguna Instagram termasuk jurusolek popular, Datuk Alha Alfa.
Selain majlis perkahwinan serba mewah yang menjadi sorotan, solekan Fatin Afeefa juga turut menjadi perhatian wargamaya.
Menerusi gambar yang dikongsi oleh Alha, ada netizen yang bertanyakan mengapa wajah Fatin Afeefa kelihatan biasa-biasa sahaja walaupun selepas siap disolek.
“Selalu aku Alha Alfa make-up orang auto lawa. Tapi dia ni kenapa biasa je?” tanya seorang pengguna Instagram.
Pertanyaan tersebut dibalas oleh beberapa pengguna Instagram lain:
“Sebab dia jenis tak make-up dah lawa.”
“Sebab dia selalu make-up, bila dia make-up orang nampak biasa je. Kalau yang tak pernah make-up bila make-up nampaklah aura cantik aura lain tu.”
Begitupun, masih ada dalam kalangan pengikut Alha yang memuji sentuhan jurusolek berkenaan.
“Love sangat… dia memang dah cantik dah. Kena sentuhan daripada Alha, hasilnya superb,” jelas seorang lagi netizen.
Sekitar November lalu, Fatin Afeefa ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin.
Video tersebut seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon filem Tentang Bulan Itu sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya yang didakwa sorang jutawan.
Untuk rekod, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Izwan Isa
Mon Jan 02 2023


Shooting Dalam Ribut Taufan, Kru Berkampung 3 Bulan Tengah-Tengah Laut! Penerbit Cerita Payahnya Buat Filem Coast Guard
Mencabar betul...
.png?ext=.png)
"Balas Dendam OOTD Ni"- Ramai 'Terpelanting' Gaya Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria
Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria
.png?ext=.png)
“Saya Nak Mereka Faham…”- Komen Penuh Bahasa Melayu, Maryam Bangga Jadi Juri ATNM2
Maryam Durian Kimchi Bangga Jadi Juri ATNM2

Aksi Crosswalk Meer Nash & Diva AA Di Traffic Light Tular - "Penyanyi Lain Tak Buat, Biar Saya Buat"
Lain macam...

Anzalna 'Me Time' Di Dubai Mall, Suami Pula Takut Isteri Lupa Jalan Balik Bilik - “Dia Punya Risau I Nak Keluar Seorang…”
Bestnya dapat me-time...

Sambut Hari Jadi Ke-23, Ramai Terpesona Tengok Kacaknya Anak Teruna Linda Jasmine, Qalif Khan! - "Cepat Dia Besar, Helok Betul"
Memang helok!
![[VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi [VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/whatsapp-image-2023-01-31-at-9-26-13-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi
Sporting Syamsul
![[VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…” [VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/1_18.png?ext=.png)
[VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…”
Tak salah pun kan?
![[VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq [VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/mommy-gambar-(77).png?ext=.png)
[VIDEO] "Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu..."- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq
Ramai Terkejut Isteri Raja Afiq Tak Bertudung

“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah
Fokuslah pada lakonan