,
Laman Utama

Netizen Naik Angin Lihat Pengemis Kanak-Kanak Biadap Dengan Orang Awam - “Kunci Kereta!”

Izwan Isa
04/01/2022
00:50 MYT
Baru-baru ini, viral di media sosial video-video yang memperlihatkan beberapa orang kanak-kanak peminta sedekah yang memaksa orang awam yang sedang memandu kereta memberikan wang kepada mereka viral di media sosial.
Menerusi video berkenaan, kanak-kanak itu bukan sahaja meminta wang yang bernilai tinggi, malah mengetuk-ngetuk pintu kereta dan juga memberikan isyarat lucah kepada pemandu yang berada di jalan raya.
Anyone boleh SAH-kan budak2 Rohingya memang berkeliaran kat atas jalan ke? Hentak / ketuk kereta cmtu? pic.twitter.com/TyVcFi2zHC— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) January 2, 2022 Menerusi perkongsian netizen, kanak-kanak yang didakwa berketurunan Rohingya itu sering kelihatan berkeliaran di ibu kota meminta wang.
Seorang netizen berkata, sungguhpun kasihan melihat mereka yang terpaksa meminta sedekah, namun, keberanian untuk mengugut orang awam dilihat sebagai satu hal yang menakutkan.
“Kita faham mereka budak lagi dan kecik lagi, kita pun kesian tengok mereka kena minta derma. Tetapi keupayaan mereka untuk ketuk tingkap kereta orang awam dan ugut macam tu, menakutkan,” tulis seorang netizen.
Dalam pada itu, seorang wargamaya turut berkongsi video keadaan yang serupa di sekitar KLCC dan berpesan supaya sentiasa mengunci pintu kereta untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Area KLCC pun macam ni juga eh… kalau boleh kunci kereta. Bahaya kadang-kadang main ketuk-ketuk pintu,” katanya.
Lebih menakutkan, pengguna Twitter turut berkongsi yang mereka pandai memilih mangsa dengan melihat kenderaan yang dinaiki.
“Pandai pilih kereta. Itu aku pun kena. Time kat depan UniKL. Kereta mahal, dia datang,” katanya ringkas.
Terdahulu, media melaporkan etnik Rohingnya dikesan 'mendominasi' lampu isyarat di sekitar Jalan Ampang Ulu dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi mengemis di kawasan berkenaan.
Kehadiran pengemis di kawasan itu juga menyebabkan pengguna jalan raya menjadi rimas dengan tindakan mereka yang mengetuk tingkap kereta untuk meminta sedekah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dapat Bantuan RM1,500, Netizen Tak Puas Hati Wanita Tak Mahu Bekerja Sebab Selesa Minta Sedekah - "Ini Bukan Miskin Tapi Pemalas!"

gempak
09/07/2024
05:25 MYT
Isu meminta sedekah bukanlah sesuatu permasalahan yang baharu di negara ini. Walaupun ada segelintir peminta sedekah telah pun diberi bantuan, akan tetapi perbuatan tersebut masih dilakukan dek kerana kedegilan pihak itu sendiri.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

Pengemis Biadap, Ludah Cermin Kereta Sebab Pemandu Tak Bagi Duit

gempak
20/08/2023
10:00 MYT
Alamak, macam tu pula.
Laman Utama

[VIDEO] “Gigit Baju Tak Nak Lepas…”- Awal Ashaari Kongsi Ragam Peminta Sedekah Di Tanah Suci

gempak
22/02/2023
05:50 MYT
Macam-macam ragam.
Laman Utama

'Berkat' Dimalukan Baim Wong, Pakcik Suhud 'Banjir' Bantuan & Dapat Sumbangan RM15K

gempak
15/10/2021
01:50 MYT
Baim ingat seorang warga emas ingin mengemis