Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Naik Angin Lihat Pengemis Kanak-Kanak Biadap Dengan Orang Awam - “Kunci Kereta!”

Izwan Isa
04/01/2022 00:50 MYT
Baru-baru ini, viral di media sosial video-video yang memperlihatkan beberapa orang kanak-kanak peminta sedekah yang memaksa orang awam yang sedang memandu kereta memberikan wang kepada mereka viral di media sosial.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak itu bukan sahaja meminta wang yang bernilai tinggi, malah mengetuk-ngetuk pintu kereta dan juga memberikan isyarat lucah kepada pemandu yang berada di jalan raya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi perkongsian netizen, kanak-kanak yang didakwa berketurunan Rohingya itu sering kelihatan berkeliaran di ibu kota meminta wang.

Seorang netizen berkata, sungguhpun kasihan melihat mereka yang terpaksa meminta sedekah, namun, keberanian untuk mengugut orang awam dilihat sebagai satu hal yang menakutkan.

“Kita faham mereka budak lagi dan kecik lagi, kita pun kesian tengok mereka kena minta derma. Tetapi keupayaan mereka untuk ketuk tingkap kereta orang awam dan ugut macam tu, menakutkan,” tulis seorang netizen.

Dalam pada itu, seorang wargamaya turut berkongsi video keadaan yang serupa di sekitar KLCC dan berpesan supaya sentiasa mengunci pintu kereta untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Area KLCC pun macam ni juga eh… kalau boleh kunci kereta. Bahaya kadang-kadang main ketuk-ketuk pintu,” katanya.

Lebih menakutkan, pengguna Twitter turut berkongsi yang mereka pandai memilih mangsa dengan melihat kenderaan yang dinaiki.

“Pandai pilih kereta. Itu aku pun kena. Time kat depan UniKL. Kereta mahal, dia datang,” katanya ringkas.

Terdahulu, media melaporkan etnik Rohingnya dikesan 'mendominasi' lampu isyarat di sekitar Jalan Ampang Ulu dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi mengemis di kawasan berkenaan.

Kehadiran pengemis di kawasan itu juga menyebabkan pengguna jalan raya menjadi rimas dengan tindakan mereka yang mengetuk tingkap kereta untuk meminta sedekah.
#Pengemis #Peminta Sedekah
;