Netizen Naik Angin Tengok Budak Langkawi Biadap Dengan Pelancong Dewasa
Firdaus
12/11/2023 02:55 MYT
12/11/2023 02:55 MYT
Pulau Langkawi sememangnya lokasi pelancongan yang terkenal sama ada untuk rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara.
Bagaimanapun, pulau tersebut sering kali dikaitkan dengan kontroversi seperti harga hotel dan restoran yang dianggap ‘cekik darah’ oleh pelancong yang pergi ke sana.
Terbaharu, satu video yang dimuat naik di Platform X oleh seorang individu menjadi tular selepas seorang kanak-kanak dikatakan bercakap kasar dengan menggesa sekumpulan pelancong menaiki bot.
“Salah satu faktor Langkawi kurang pelancong..Kecik-kecik dah pandai sound orang..Orang nak happy-happy, gelak-gelak budak ni marah suruh naik bot cepat-cepat,” tulis individu berkenaan.
Perkara itu mendapat reaksi negatif netizen di mana rata-ratanya menyifatkan sifat kanak-kanak itu sebagai seorang yang biadap.
Antara ciapan yang diterima:
“Kecik-kecik dah biadap,”
”Tu baru lambat sikit. Kalau lambat banyak, dia sound gini “kepala bapak hang,”
“Budak-budak memang cakap begitu ke? Kasarnya bunyi. Patutlah semakin tak ramai nak datang Langkawi.”
Terdahulu, media tempatan melaporkan yang Pulau Langkawi semakin hilang daya tarikan gara-gara harga yang ditawarkan untuk sebarang servis di sana semakin mahal.
Sumber: Platform X