Netizen Nak Jadi Anak Saudara Maksu Pemurah Ganti Duit Raya Dengan Duck Scarves

Kamaruddin Razal
Jun 30, 2017 02:54 MYT
Sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram milik Aina Zulkiflee (@ainazulkiflee) menjadi tular di laman sosial.
Semuanya gara-gara ibu saudaranya yang dikenali sebagai Maksu menggantikan duit raya dengan hijab berjenama Duck Scarves sebagai pemberian di Hari Raya.
"Because Duit Raya is too mainstream we got Duck Raya instead. Thank you maksu," tulis Aina.
Duck Scarves merupakan jenama hijab terkenal tanah air milik usahawan tersohor Vivy Yusof. Harga jualan Duck Scarves bermula serendah RM130 sehingga RM800.
Ramai pengguna laman sosial kagum dengan tindakan yang dilakukan oleh Maksu kepada Aina.
Menerusi ruangan komen laman Instagram Aina, ramai netizen yang memuji tindakan pemurah Maksu kerana membeli banyak Duck Scarves untuk diberikan kepada semua anak saudara perempuannya.
Malah ada juga netizen yang sempat bergurau dengan meninggalkan komen mahu menjadi anak saudara Maksu untuk mendapat Duck Scarves sebagai ganti duit raya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Viral #Viral #Vivy Yusof #Duck Scarves