“Netizen Nak Kutuk Elite, Saya Boleh Terima Lagi Tapi...”- Linda Perjelas Alasan Mengapa Buat Keke Challenge

Syafiqah Jalal
Julai 21, 2018 04:10 MYT
Gara-gara menyahut cabaran ‘Keke Challenge’, kumpulan Elite dikecam hebat oleh netizen.
Ahli kumpulan Elite iaitu Linda Rafar tampil menjelaskan tindakan dia bersama Azza dan Sasha Saidin memuat naik video tarian tersebut.
Menurut Linda, 40, menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya mereka masih mempunyai batasan tertentu dalam tarian tersebut.
"Saya terpaksa jelaskan kenapa Elite buat keke challenge semalam. Kami akan buat projek istimewa dan bukan kami sahaja dicabar untuk buat.
“Ada yang lagi seksi dan melampau dari apa yang Elite buat.
"Kami buat juga secara suka-suka dan tiada niat lain,” tulisnya
Linda bagaimanapun terkilan kerana netizen sengaja mengaitkan arwah anaknya Memen dalam isu tersebut.
“Kepada netizen yang komen untuk kutuk Elite saya boleh terima tapi jangan libatkan arwah anak saya yang tidak bersalah," tulisnya lagi.
Menerusi entri terdahulu, Linda memuat naik videonya bersama dua ahli kumpulan Elite iaitu Azza dan Shasha menari tarian ‘Keke Challenge’.
Foto: Ig @lindarafar
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Netizen #Dikecam #Linda Rafar #Elite #Keke Challenge