Hiburan
Netizen Nasihati Supaya Labuhkan Baju & Tudung, Ini Respon Wani Comel
Wanita yang mengalami masalah obesiti, Wani Comel, 23, mengakui agak susah untuk mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badannya.
Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, disebabkan mempunyai bentuk badan yang agak besar jadi dia tidak menemui saiz baju yang kena ukurannya.
"Badan saya besar. Baju saya susah nak cari untuk saiz badan saya. Insya-Allah kalau dah ada baju saiz saya, saya akan pakai labuh," tulisnya.
Wani menjawab soalan warganet yang menasihatinya supaya memakai pakaian serta tudung yang labuh menerusi Ask Me A Question.
"Salam Wani sayang. Cuma nak cakap pakai baju yang labuh bahagian atas dan labuhkan tudung bahagian dada," kata netizen.
Terdahulu, nama Wani menjadi tumpuan ramai selepas dia bertandang ke ibu kota bagi mengadakan sidang media susulan konflik dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Must-Watch Video