Netizen Pelik Shariq Gabriel Negatif Covid-19, Ini Jawapan Emma Maembong - "Allah Jaga Dia ..."

Zulaikha Yusof
Januari 19, 2021 04:20 MYT
Pelakon Emma Maembong, 29, tampil menjawab persoalan dalam kalangan netizen apabila anak lelakinya, Shariq Gabriel tidak dijangkiti virus Covid-19.
Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, dia bersyukur kerana anaknya berada di bawah perlindungan Allah.
"Allah jaga dia sebab tu dia negatif. Alhamdulillah," katanya.
Tambah pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan, susu badan juga membantu kerana dia mengandungi pelbagai vitamin.
"Tapi salah satunya adalah susu badan ibu. Memang bagus sebab ada macam-macam vitamin untuk bayi.
"Kalau boleh bagi fully breastfeeding, jangan campur-campur. Itu memang bagus untuk bayi," katanya lagi.
Emma memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Insta Story pada Isnin.
Sebelum ini, salah seorang pengikut bertanya bagaimana Shariq negatif sedangkan ibu bapanya positif.
"Macam mana Emma dan suami boleh positif lepastu baby pula negatif? Tanya ja kita doa baik-baik," tulisnya.
Pada Khamis lalu, Emma memaklumkan dirinya dan suami, Shazli Azhar dijangkiti Covid-19.
Susulan itu, mereka menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.
BACA: Emma Maembong & Suami Positif Covid-19, Baby Shariq Negatif
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia tiga bulan.
#Anak #Emma Maembong #Positif #Negatif #Shariq Gabriel