Laman Utama

Netizen Perasan Abang Tesla Dah Jarang Ada Dengan Isteri Pertama? - "Allah Ada Kak Maj, Bersandar Pada Dia"

gempak
Gempak
25/11/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Perasan Abang Tesla Dah Jarang Ada Dengan Isteri Pertama? - "Allah Ada Kak Maj, Bersandar Pada Dia"
Isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari baru-baru ini memuat naik sepotong video di platform TikTok.
Menerusi video berkenaan, Majdina dilihat merakam dirinya ketika sedang berada dalam kereta.

BERITA TRENDING: Sweetnya Ucapan Abang Tesla Sempena Hari Jadi Isteri Muda! - “Hadiah Terindah Adalah Nurmajdina Yang..."

Namun, pada video yang turut berlatar belakangkan lagu Jodoh Pasti Bertemu tersebut, Majdina menulis ayat berbunyi: “Terlihat ceria padahal hampir gila”.
@n.majdina
I'm okay, i'm fine Gwenchana, teng neng neng neng ??❤️
♬ original sound - Nurmajdina Jamari
Sungguhpun begitu, pada ruangan kapsyen, Majdina meletakkan kapsyen yang dia berada dalam keadaan baik.
“I'm okay, i'm fine Gwenchana,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna platform itu seperti memahami keadaan diri Majdina ketika ini. Ada juga yang meminta Majdina bersabar dan jangan terlalu memikirkan hal-hal di sekeliling.
Sekitar Ogos lalu, Abang Tesla menerusi hantaran di TikTok mengejutkan ramai orang apabila berkongsi video saat-saat bernikah untuk kali kedua.

BERITA TRENDING: Abang Tesla Ingatkan Isteri Kedua Dah Hamil, Rupa-Rupanya...

Perkongsiannya bagaimanapun menimbulkan riuh dalam kalangan netizen dan ramai yang menyelar tindakan Abang Tesla itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live