Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Perli Madammu Salah Sebut ‘Pearl’, Tapi Beri Nasihat Tentang Fesyen - “Sebut Pearl Pun Nda Lepas”

Izwan Isa
10/11/2023 07:55 MYT
Pengasas produk Madammu Eriyca Baiduri Abd Rashid atau Madammu menitipkan pesan kepada pengikutnya supaya berhati-hati dalam mengenakan perhiasan jenis mutiara.

Menurut Madammu, perhiasan itu tidak sesuai jika dipadankan dengan pakaian ranggi lebih-lebih jika seseorang itu mengenakan seluar jeans.
undefined
“Siapa dekat sini suka pakai pearl? Pearl tak pernah boleh masuk dengan moden. Pearl takkan boleh masuk dengan seluar, melainkan seluar itu merupakan seluar Palazo.

“Dia tak boleh masuk dengan ranggi style. Saya tengok orang pakai pearl dengan seluar jeans, tolonglah jangan pakai macam tu. Pearl always go dengan classy. Baju kurung kedah, baju kurung, yang feminin, yang lembut.

“Jangan pernah pakai pearl dengan seluar jeans. Salah. Jangan jadi mangsa fesyen, geram Madammu tengok,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Genap 3 Bulan, Madammu Dedikasi Foto Wajah Anak Buat Yang Mengikuti Perjalanan IVF

Begitupun, pesanan Madammu itu menerima reaksi negatif dalam kalangan netizen. Rata-rata enggan melihat penggayaan perhiasan mutiara dengan seluar jeans sebagai satu kesalahan fesyen.

Selain itu, ada juga yang menyindir Madammu kerana tidak menyebut ‘pearl’ dengan betul.





#Pearl #Madammu
;