Laman Utama

Netizen Persoal Busana Shila Amzah Yang Terlalu Kasual Ketika Menghadiri Majlis Kahwin Janna Nick

gempak
Gempak
12/06/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Persoal Busana Shila Amzah Yang Terlalu Kasual Ketika Menghadiri Majlis Kahwin Janna Nick
Pada Sabtu lalu, pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat melangsungkan majlis perkahwinan, sekaligus menutup segala teka-teki yang melanda perhubungan mereka sebagai sepasang kekasih.
Menerusi perkongsian di laman sosial, dilihat ramai rakan-rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis, antaranya Puteri Sarah, Nora Danish dan juga pelakon dari Indonesia, Baim Wong.
BACA: Walaupun Isteri Keguguran, Baim Wong Tetap Tunai Janji Hadir Majlis Kahwin Janna Nick
Selain itu, penyanyi Shila Amzah turut hadir pada majlis berkenaan, ditemani tunangnya, Ubai.
Masih mengenakan busana berona putih dan krim, sesuai dengan tema, namun, bintang Gegar Vaganza 9 itu tidak menyarungkan dress atau baju kurung seperti tetamu yang lain.
Sebaliknya, Shila menggayakan dress pada bahagian dalam sementara dipadankan dengan sehelai kemeja-t putih. Selain daripada itu, Shila turut menyarungkan sneakers.
Gaya Shila pada majlis berkenaan menyorot perhatian netizen yang mempersoalkan mengapa penyanyi lagu Patah Seribu itu tidak menyarungkan busana lain yang kena dengan majlis.
“Shila Amzahhhh…. Kenapa tak pakai dress atau baju kurung, majlis tu lawa gila,” tulis seorang pengguna Twitter.
Menerusi ruangan balas, ramai yang dilihat turut bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ada juga berpendapat busana Shila pada majlis berkenaan terlalu kasual.
BACA: Rupanya Janna Nick Dapatkan Khidmat Jurusolek Dari Thailand Ini Sempena Majlis Kahwin, Individu Sama Yang Pernah Solekkan…
Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024