Netizen Persoal Cara Sebutan Nama Pentas, Kmy Kmo Kongsi Makna Sebenar - “Umi Saya Pesakit Kanser Tahap…”
Penyanyi rap dan komposer, Kmy Kmo berkongsi cara sebutan betul namanya pentasnya dan menjelaskan sebalik pemilihan nama tersebut.
Jelas Kmy atau nama sebenarnya, Lukmanul Hakim nama Kimo itu dipilih disebabkan melihat kekuatan ibunya menjalani proses kimoterapi.
“Kimi Kimo ( Kimi tu singkatan dari nama penuh saya dan “Kimo” tu datang dari satu pengalaman hidup yang dimana Umi saya seorang pesakit Cancer stage 2-3 ( Survived ) yang melalui proses “Kimoterapi ( Chemotherapy ).
“Selepas saya tengok kekuatan umi saya lalui proses pancaran radioaktif ni buatkan saya ingin letak nama Kimo sebagai nama pena yg kedua. Semoga saya sentiasa dapat bawa dan rasa kekuatan ibu saya yang sentiasa ada dengan saya,” katanya.
Kym berkata demikian selepas ada individu yang bertanyakan bagaimana untuk menyebut namanya secara betul.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, ada beberapa pihak yang merasakan kurang senang dengan pertanyaan berkenaan dan menganggap ia sebagai buli.
“Ni contoh cubaan buli la kan?
“Lain cara org ada pendidikan dan didikan yang baik. Tak mudah marah dan melatah bila orang permainkan nama kita as a joke dan headline utk tarik netizen. Thumbs up bruv. Massive respect.
“Member lagi tekankan bnde remeh drpd headline
“Seronok eh jadi influencer tak berwajah meng-influence followers mengejek orang?
“Senang je sebut. Kmy kmo la bunyinya,” komen netizen.