gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lelaki Tawar Pelukan Lima Minit Dengan Bayaran RM33
GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Bakal Pasangan Hadapi Sumber Kewangan, Pilih Kekal Atau Lari?
HIBURAN
Ditegur Bos Rambut Menipis, Nampak Tua… Lelaki Ini Sanggup Amal Gaya Hidup Extreme Nak Jadi Awet Muda, Siap Tak Keluar Malam & Berhenti Merokok!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Netizen Persoal Sistem Pendidikan Negara, Dr. Malar Tampil Bersuara - “Lepas 4 Tahun, TikToker Tu Nak Dapat…”

gempak
Asyraf Roslan
05/06/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Persoal Sistem Pendidikan Negara, Dr. Malar Tampil Bersuara - “Lepas 4 Tahun, TikToker Tu Nak Dapat…”
Pempengaruh, Dr. Malar Santhi membidas kenyataan netizen yang mempersoalkan sistem pendidikan negara.
Menerusi hantaran di platform Threads, Dr. Malar menjelaskan meskipun kerjaya sebagai pempengaruh kelihatan lumayan namun ia tidak menjamin masa depan yang stabil seperti dalam sektor profesional.
“Belajar 4 tahun, kerja gaji RM2.5K, budak TikTok buat RM2.5K dalam masa seminggu sahaja. Sebenarnya sistem pendidikan kita masih relevan ke sekarang? soal netizen.
“Lepas 4 tahun, Tiktoker tu nak dapat RM400 pun struggle. Ditambah dengan jatuh sakit, tak ada MC berbayar, SOCSO, EPF. Sementara yang belajar tinggi selepas 4 tahun gaji boleh naik mengikut industri, kepakaran dan kerajinan,” kata Dr. Malar
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak menilai pendidikan semata-mata berdasarkan pulangan kewangan.
Malah dia turut menyeru generasi muda agar belajar daripada perubahan semasa termasuk nasib pekerja ekonomi gig.
“Pendidikan bukan untuk duit, ia adalah untuk menjadikan kita insan lebih baik, celik dan dapat banyak peluang. Tengoklah pemandu Grab sekarang, tidak sekencang dahulu. Belajarlah dari situ adik-adik sekalian,” balasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Dr. Malar.
Malah mereka juga berharap orang ramai tidak memandang enteng soal pendidikan pada masa kini.
Topic Berkaitan
#Tiktoker
#Dr. Malar
#Sistem Pendidikan
Must-Watch Video