Gaya Hidup

Netizen Persoal Status Halal Dua Jenama Bubble Tea Kegilaan Ramai

Azwa Rahman
11/06/2019
19:13 MYT
Dua jenama bubble tea yang tular dan menjadi kegilaan ramai, Xing Fu Tang dan The Alley dipertikai status halalnya di laman Facebook oleh seorang individu.
Menerusi entri terbabit, dia mempersoalkan kegilaan orang ramai terutamanya yang beragama Islam yang suka terpengaruh dengan sesuatu tanpa usul periksa.
“Air yang ni sah-sah nama Cina. Kedai pon fully tulisan Cina. Jangan la sebab artis minum, instafamous minum, kita pun ikut minum tanpa tahu pon benda tu halal ke tak?
“Benda tu jadi tak halal bukan sebab khinzir je. Banyak faktor yang buatkan benda tu tak halal," tulisnya.
Menurutnya lagi, penting untuk kita menitikberatkan sebarang makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan dan akhirnya menjadi darah daging.
Hasil cariannya di portal halal Jakim, tiada data mengenai sijil halal kedua rangkaian minuman tersebut.
Entri yang telah mendapat 8,000 perkongsian di Facebook itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Di ruangan komen, ada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya manakala ada yang menunjukkan sijil halal yang diperolehi Xing Fu Tang dari Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA).
Sementara itu, dia turut mendakwa kedai minuman The Alley pula kini dalam proses mendapatkan status halal daripada Jakim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#FOODIESLIFE: Minum Kopi Bercampur Arang? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu…

gempak
08/12/2023
15:55 MYT
Jangan berani-berani cuba
Laman Utama

“Tu Nama Dia Nak Tutup Periuk Nasi Orang!”- Michael Ang Tak Setuju Post Review Kedai Makanan Tak Sedap

gempak
08/11/2022
01:49 MYT
Michael Ang kata jangan dengki
Laman Utama

Kedai Kopi Popular Di Taiwan, HWC Coffee Kini Di Malaysia!

gempak
31/03/2022
13:25 MYT
Hello coffe lovers!
Laman Utama

Gadis Ini Pernah Dilihat Bersama Remy Ishak, Siapa Fatin Diana? - "Buat Kali Pertama Dia Menjadi ..."

gempak
10/03/2022
00:51 MYT
Remy Ishak pernah menjadi duta jenama minuman Fatin Diana...
Laman Utama

#FoodiesLife: Cepat Mengantuk Masa WFH? Ini 5 Minuman & Makanan Yang Buat Korang Rasa Segar

gempak
04/07/2021
11:30 MYT
Wajib cuba!