Laman Utama
Netizen Pertikai Wanita Tak Tutup Aurat Menari Dalam MV Caprice - “Hukum Tayang Aurat Wanita Apa Bro?”
Semalam, penyanyi dan selebriti media sosial, Caprice meluncurkan single terbaharunya berjudul Ayah. Menerusi single tersebut, Caprice berkolaborasi bersama beberapa nama besar lain seperti SonaOne, Zynakal dan TujuLoca.
Menerusi kemas kini di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, tujuannya menerbitkan lagu berkenaan adalah untuk berjihad dan dalam masa sama memberi pengajaran kepada orang.
“Cap tak faham kenapa ramai tak habis-habis petik ‘Jihad’ Cap baru-baru ni. Tapi dari lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL... ok je Cap berkarya dan dalam masa sama melaksanakan ‘jihad dalam pembelajaran’. Takkan nak tunggu jadi sempurna baru nak cuba buat benda baik?
“Cap memang suka berkarya dalam seni hip hop tapi dalam masa sama, selama 5 tahun ni alhamdulillah kita dapat bina aplikasi seperti mengaji.com, Umrahloka, and IslamPro untuk komuniti kita. Hanya sumbangan kecil untuk membantu orang yang tidak baik seperti saya ini.
Caprice berkata, dia tidak akan berhenti berjihad meskipun ramai yang menyindir apa yang dia dan rakan-rakannya lakukan.
“Yang tak habis-habis perli jihad kita, I will never stop ‘jihad in education’ since kita bukan buat tu demi manusia. Tetapi saya akan terus berkarya dalam muzik dan juga filem asalkan saya gembira melakukan hal itu.
“Korang yang ahli syurga Cap nak ucap taniah sebab awal-awal dah boleh bau syurga, Insya-Allah one day my small contributions can be weighed in the hereafter,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, ada antara yang bersetuju dengan Caprice dan jihad yang dilaungkannya. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju dan merasakan apa yang dilakukan Caprice bertentangan dengan ajaran Islam.
“Hukum tayang aurat wanita apa bro? Benar saya mengaku yang Cap buat app jihad dalam pembelajaran dan lain-lain, tetapi kenapa mereka perlu libatkan gadis seksi dalam klip video? Tak perlu dan kalau dia tak masukkan gadis-gadis ini di klip video orang akan tengok juga sebab aku akui lagu mereka hebat.
“Tapi hal itu tidak mengubah fakta yang mereka akan masih dapat dosa akibat menayang aurat wanita dan orang tengok klip video pun dapat dosa. Ia bukan negatif kebanyakan orang tegur sebab Cap sendiri yang cakap dia ni Tiger of Al Quds dan segelintir golongan muda memandang tinggi dirinya. Jadi sebab itu Cap perlu tahu mana halal mana haram,” tulisnya.
Must-Watch Video