Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Pertikal Model Lelaki Tak Cukup Jantan, Tampilkan Drag Queen Ketika Catwalk... Ini Jawapan Pengarah Kreatif Behati, Kel Wen!

Asraf Aided
10/11/2021 09:08 MYT
Pertunjukan fesyen Behati berlangsung dengan meriah dan penuh keunikan di acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2021), pada Khamis minggu lalu.

Ekoran itu, pertunjukan tersebut mendapat pelbagai respon oleh netizen di media sosial, salah satunya menyentuh tentang imej model lelaki yang menonjolkan sisi feminin.



Justeru, Gempak mendapatkan keterangan daripada Pengarah Kreatif dan pereka fesyen Behati, Kel Wen berhubung hal berkenaan.

"Saya menerima banyak kritikan kerana menampilkan model lelaki yang disifatkan sebagai 'tidak cukup lelaki' oleh netizen. Sebenarnya saya tampilkan lelaki yang yakin menonjolkan sisi feminin dalam diri mereka termasuklah penari voguer dan drag queen yang membuka serta menutup pertunjukan Behati baru-baru ini.

"Sebabnya, saya mahu memecahkan norma tentang standard kecantikan di Malaysia, saya mahu orang lihat karakter-karakter sebegitu dengan bangga dan bukannya berbentuk negatif.

"Bagi saya, kita tak sepatutnya menggunakan perkataan 'pondan' atau 'bapok' lagi dalam era masa kini, model-model lelaki saya menunjukkan sisi feminin mereka bagi tujuan pertunjukan, mereka mungkin lebih 'jantan' dalam kehidupan sebenar berbanding netizen yang sebenarnya tidak berani dengan apa yang mereka lakukan," katanya kepada Gempak.

Kata Kel Wen lagi, kelakuan feminin yang dipaparkan oleh lelaki tidak menyakiti mana-mana pihak, namun serangan komen negatif di media sosial adalah berbahaya dan dikira sebagai buli siber.

"Aksi feminin yang ditonjolkan oleh lelaki tidak menyakiti mana-mana pihak, tetapi serangan komen boleh, dan ia merupakan perbuatan buli siber," katanya lagi.

Mengulas tentang kritikan netizen yang menyentuh isu 'kayangan' dalam fesyen, Kel Wen menegaskan pertunjukan Behati di KLFW baru-baru ini bukanlah bertujuan mengumpul hasil jualan.

Sebaliknya, pertunjukan itu adalah untuk mengenengahkan penggunaan fabrik warisan dan meraikan pelbagai bangsa di Malaysia.



"Tentang komen menyebut high fashion untuk golongan kayangan, itu tidak benar, beli tak beli, itu bukan tujuan Behati adakan pertunjukan tersebut, ia adalah untuk memberi inspirasi tentang fabrik warisan dan betapa kita rakyat Malaysia boleh meraikan pelbagai bangsa dalam fesyen.

"High fashion adalah satu ekspresi artistik yang lebih tinggi, setiap orang merasainya dengan cara berbeza, anda boleh beli atau boleh juga sekadar mengambil inspirasi dengan menyesuaikan gaya fesyen pelbagai bangsa ke dalam almari anda.

"Behati mahu memberitahu rakyat Malaysia untuk hidup dalam pelbagai budaya, bukan hanya satu, itulah gaya kehidupan rakyat Malaysia yang sebenar," katanya menutup bicara.

Terdahulu, Kel Wen berkongsi beberapa paparan skrin serta jawapan balasnya terhadap beberapa komen netizen di ruangan Instagram Story miliknya.

Dapatkan kemaskini berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak.
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#Netizen #KLFW #Behati #Drag Queen
;