Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Puaka Musykil Warna Muka, Tangan, Kaki Tak Sama, Rupanya Prince Syed Kacukan Arab & Cina - “Aku Tak Maafkan Dunia Akhirat Cara Kau Cakap Macam Ni”

Mya Amri
10/09/2024 02:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan viral, Prince Syed menegur sikap netizen yang dianggap seolah-olah sentiasa mencari keburukan dirinya.

Warna kulit tak sama jadi perhatian


Prince Syed menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya berkata kali ini warna kulitnya pula yang diperkatakan.

Menerusi video di TikTok, Prince Syed memuat naik tangkap layar seorang netizen yang memberikan komen mengenai warna di bahagian muka, kaki dan tangannya tidak sama.

“Beza warna kaki, tangan dan muka,” tulis individu itu.

Menjawab komen tersebut, Prince Syed mengatakan warna kulit pada bahagian badannya memang berbeza dan itu merupakan antara tanda bagi mereka yang kuat mencari rezeki untuk keluarga.

“Kan aku dah kata komen komen macam ni mesti akan ada punya. Kan aku dah cakap banyak kali, aku punya warna badan ni macam macam warna. undefined
Terdahulu, Prince Syed dan isteri terkenal sebagai pempengaruh yang kerap menggayakan fesyen unik sehingga mengundang pelbagai komen netizen.

Malah ada segelintir netizen memberikan komen negatif terhadap busana raya bertemakan Barbie yang digayakan Prince Syed bersama isteri April lalu.
#Usahawan #Arab #Warna Kulit #Cina #Pempengaruh #Netizen Puaka #Prince Syed #Kacukan