HIBURAN
Netizen Puji Alif Satar Didik Anak, Kagum 'Ali Berani Jadi ‘Pembantu’ Ketika Proses Penyembelihan - “Acik Pun Tak Tengok Sebab Takut Tau, Good Job”
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mendapat perhatian netizen selepas berkongsi satu video merakamkan anak bongsunya, 'Ali, 6, yang menyaksikan proses ibadah korban dilakukan.
Jadi pembantu Alif
Tidak hanya menyaksikan penyembelihan itu, 'Ali juga turut menjadi sebahagian daripada ‘pembantu’ ketika proses itu berlangsung walaupun masih kecil.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu, 'Ali dengan beraninya memegang bahagian kaki kambing sambil melihat sendiri proses penyembelihan yang dilakukan oleh bapanya.