HIBURAN
Netizen Puji Kecantikan Atisha Khan Tampak Mahal - “Walaupun Free Hair Tapi Tak Seksi Macam…”
Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Athisha Khan menarik perhatian netizen apabila tampil manis mengenakan hijab menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.
Dalam video tersebut, Athisha kelihatan sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis pelancaran butik milik kakaknya, Nuha.
Dia mengenakan abaya berona hijau pastel yang digayakan bersama shawl instant sedondon, menyerlahkan penampilan sopan dan anggunnya.
Rata-rata netizen tampil memuji penampilan Athisha yang kelihatan lebih mahal dan elegan, malah ada yang membandingkan gayanya dengan adik bongsunya, Ameera Khan.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Expensive betul dia ni. Nampak mahal.”
“Suka tengok dia. Study dekat oversea tapi tak pernah over seksi.”
“Super cantik Athisha Khan ni. Harapnya satu hari dia akan berhijab.”
“Athisha ni bagus walaupun free hair tapi tak seksi macam adik dia,” komen dari netizen.