Viral

Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”

gempak
Asyikin Mayudin
08/05/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Solekan ‘Asoka’ kini sedang trending di platfrom TikTok dan ramai pempengaruh serta jurusolek turut melakukan trend tersebut.

Netizen Puji DSV

Termasuklah usahwan sensasi Datuk Seri Vida yang tidak ketinggalan membuat trend ‘Asoka’ dengan caranya tersendiri.
Menerusi perkongsian video solekan itu, rata-rata netizen memuji kesungguhan Vida membuat trend tersebut malah ada juga segelintir mereka menganggap usahawan itu berjaya melakukannya.
“Wey aku saja ke yang rasa DSV yang menang trend ini? Serius slay wey!
“Paling juara trend Asoka. Yang baru plan nak buat, dah boleh lupakan hasrat tu. Kita dah ada pemenang.
“Dah semua kalah, Datuk Vida yang menang trend ini!” komen beberapa netizen.

Wajah Sebenar DSV

Ada juga netizen yang memuji wajah Vida yang sebenarnya cantik apabila berjumpa secara berdepan biarpun tanpa solekan yang terlalu tebal.
“Yang kutuk ini dah pernah tengok dia depan-depan? Tanpa solekan tebal-tebal? Sumpah cantik gila. Aku sebagai remaja 21 tahun pun terpegun tengok dia depan-depan masa kat Mydin Meru hari itu,” komen netizen.

BERITA TRENDING: Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin

BERITA TRENDING: Cuaca Teruk di China, DSV Terkandas di Lapangan Terbang!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live