Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Asyikin Mayudin
08/05/2024 12:55 MYT
08/05/2024 12:55 MYT
Solekan ‘Asoka’ kini sedang trending di platfrom TikTok dan ramai pempengaruh serta jurusolek turut melakukan trend tersebut.
Netizen Puji DSV
Termasuklah usahwan sensasi Datuk Seri Vida yang tidak ketinggalan membuat trend ‘Asoka’ dengan caranya tersendiri.
Menerusi perkongsian video solekan itu, rata-rata netizen memuji kesungguhan Vida membuat trend tersebut malah ada juga segelintir mereka menganggap usahawan itu berjaya melakukannya.
“Wey aku saja ke yang rasa DSV yang menang trend ini? Serius slay wey!
“Paling juara trend Asoka. Yang baru plan nak buat, dah boleh lupakan hasrat tu. Kita dah ada pemenang.
“Dah semua kalah, Datuk Vida yang menang trend ini!” komen beberapa netizen.
Wajah Sebenar DSV
Ada juga netizen yang memuji wajah Vida yang sebenarnya cantik apabila berjumpa secara berdepan biarpun tanpa solekan yang terlalu tebal.
“Yang kutuk ini dah pernah tengok dia depan-depan? Tanpa solekan tebal-tebal? Sumpah cantik gila. Aku sebagai remaja 21 tahun pun terpegun tengok dia depan-depan masa kat Mydin Meru hari itu,” komen netizen.