Netizen Puji Maya Karin Berkaki Ayam Pijak Lantai Simen, Tapi Ada Pula Bertekak! Kenapa Tu?

Amri Hassan
Ogos 4, 2020 06:45 MYT
Foto pelakon cantik Maya Karin yang memijak lantai simen dengan berkaki ayam mencuri tumpuan netizen di Twitter.
Aksi Maya yang sedang menyediakan burger bakar istimewanya buat keluarga itu mendapat pujian ramai.
Mana tidaknya, aksi sempoi Maya itu dibandingkan netizen dengan kisah penduduk bandar yang geli memijak lantai dapur rumah kampung sebelum ini.
"Maya Karin rileks je berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek.
"Kau yang muka berminyak, duduk KL sewa bilik pulak beriya tenjet kaki masuk dapur rumah kampung," tulis pemilik akaun @_AmranFans.

Maya Karin rileks je berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek. Kau yang muka berminyak, duduk KL sewa bilik pulak beriya tenjet kaki masuk dapur rumah kampung pic.twitter.com/E6ewLR66kH

— Amran Fans (@_AmranFans) August 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, situasi 'geli' memijak lantai tanpa beralas kaki itu menarik perhatian pengguna media sosial lain untuk berkongsi kisah masing-masing.

Aku baran betul baca ni Kalau dah tahu balik kampung, rumah atok nenek kau bersepah atau tak kemas tolonglah kemas buat apa yang patut Ini anak sampai 5-6 orang, cucu berpuluh kerja main tiktok takpun ootd dari pagi sampailah malam Tinggallah nenek terkial buat semua benda ? pic.twitter.com/5FB4HqeYpY

— ??? ????? (@adiariff_mohd) August 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada yang tampil menjelaskan situasi 'geli' itu disebabkan 'attention deficit hyperactivity disorder' (ADHD) dan lebih spesifik germafobia (fobia kepada kuman).
"Sebenarnya kalau macam I memang ada fobia nak pijak tempat macam tu bukan mengada tau.
"Camping pun tak selesa kalau letak khemah dekat tanah tak rata dalam hutan dia macam ada rasa something yang memang tak selesa lah hah. even toilet hotel pun memang pakai selipar jepun," tulis @najwabkr.
"Tapi simen dapur tu kotor... Pakailah selipar untuk jaga kaki. Sebab dah terbiasa ikut umi dekat dapur mesti pakai selipar so kalau tak pakai rasa sesuatu sangat.
"Lagipun untuk orang kulit sensitif macam I memang kena elakkan pijak mozek atau simen terlalu kerap. Best option, pakai je la selipar," kongsi @amnirazy.
"Sebenarnya aku pun ada rasa geli sikit lantai dapur rumah kampung ni, bukan apa ada tikar getah pun kadang ada rasa basah berminyak macam tu ,tapi buat rilek sudah la aku pijak je macam biasa, rasa kotor basuh la kaki," tulis @zaimnachos.
"One of celebrities yang I kenal have problem yang lebih kurang mcm ni is Howie Mandel. But dia memang prescribed oleh doktor," tambah @N4tta_.
Lebih melucukan sebenarnya apabila ada yang menyunting foto Maya dengan memadamkan kedua-dua belah kakinya hingga kelihatan terapung seperti filem popular lakonannya Pontianak Harum Sundal Malam.
Foto terbabit diulang siar di akaun Instagramnya pada Isnin.
#Maya Karin #Jengket Kaki #Pijak Simen