Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Netizen Puji: “One Cent Thief Ada Amerul Affendi Mesti Best!”, Ini Komen Tuan Punya Badan, “Maknanya Saya…”

Mya Amri
06/10/2022 07:30 MYT

Pelakon Amerul Affendi melahirkan rasa terharu atas sokongan penonton yang menghargai seni lakonannya.

Menurut Amerul, sekiranya mendapat maklum balas positif bermakna dia berjaya menyampaikan sesuatu karya dengan baik.

“Alhamdulillah orang mempercayai saya apabila saya belakon dalam sesebuah filem atau drama dan orang ingat.

“Bagi saya perkara itu akan menjadi sesuatu yang bagus untuk diri saya sendiri. Maknanya cita rasa saya dalam sesebuah naskhah yang dilakonkan adalah cita rasa orang ramai,” katanya ketika ditemui Gempak pada malam gala tayangan episod pertama drama siri Astro Originals, One Cent Thief baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Amerul, ekspektasi penonton terhadap lakonannnya tidak membuatkan dirinya berasa terbeban sebaliknya timbul sedikit kerisauan.

“Bila saya baca sesuatu karya dan saya rasa berminat, saya terima dan berlakon dalam naskhah tersebut.

“Kemudian apabila lakonan berjaya memberikan impak dan diingati penonton, perkara itu tidak membebankan saya.

“Tetapi saya berasa sedikit risau, timbulnya perasaan seperti selepas ini apa lagi yang saya boleh berikan kepada penonton?

“Namun saya sangat berterima kasih kepada penonton yang menyukai lakonan saya,” ujarnya.

Selain Amerul, One Cent Thief juga turut dibintangi nama-nama besar antaranya Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz dan Sofia Jane.

Selain itu, turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

Saksikan One Cent Thief bermula 8 Oktober, setiap Sabtu, jam 9 malam.

Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).

Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.

#Amerul Affendi #Astro Originals #One Cent Thief #Original Series #OCT