Netizen Puji Siti Jamumall Jaga Abang OKU - "Lagi Baik Daripada Terseksa Dengan ..."
Amri Hassan
26/10/2023 06:30 MYT
26/10/2023 06:30 MYT
"Sedih mendengar cerita di sebalik senyuman dan celoteh Siti. Semoga kuat menghadapi hari-hari mendatang. Bagi peluang Siti jaga abang lagi baik daripada hidup terseksa dengan suami yang tidak bertanggungjawab itu."
Demikian kata seorang pengguna laman sosial mengenai pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall yang memaparkan dirinya menjaga dan menguruskan abangnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34.
Video dua beradik itu juga mengundang hiba warga maya hingga menjadi tular selain ramai yang memuji tindakan Siti.
"Di sebalik kehidupan dan keceriaan yang orang lihat pada saya selama ini, ramai tidak tahu saya mempunyai abang OKU. Dia adalah kekuatan saya. Kalau anda tanya kenapa saya boleh kuat berdepan macam-macam dugaan, semuanya kerana dia.
"Sejak tidak boleh berjalan, abang memang perlu diuruskan sepenuhnya. Pendek kata, kena ada yang bantu. Kalau nak tahu, dulu abang menjaga kami adik beradik ketika masih kecil, termasuklah saya.
"Jadi, apabila dah besar saya berjanji pada diri, selama saya masih hidup saya akan menguruskannya sampai bila-bila. Saya takkan tinggalkan dia, saya akan menjaganya sampai hujung nyawa saya. Sebab dia dah banyak tolong dan berikan semangat pada saya," katanya.
undefined
"Abang selalu cakap pada saya, selagi kita bernyawa apa pun yang berlaku kena teruskan kehidupan. Kita kena kuat menghadapi setiap apa yang Allah uji. Percayalah, lagi besar dugaan Allah bagi, lagi tinggi darjat Allah nak bagi pada kita.
"Sabar atau tidak saja. Kalau kita sabar, insya-Allah, kita akan dapat sesuatu dan nikmat yang tidak disangka-sangka pada masa hadapan. Sekarang ini, apa yang kita boleh buat adalah tawakal, reda dan teruskan usaha.
"Jangan pernah berhenti. Sebab, tidak ada orang lain yang boleh tolong kita melainkan diri sendiri," katanya.
Terdahulu, Siti sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan pernah mendapat RM50 nafkah setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.
Siti berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad untuk bercerai tahun lalu.
Demikian kata seorang pengguna laman sosial mengenai pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall yang memaparkan dirinya menjaga dan menguruskan abangnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34.
Video dua beradik itu juga mengundang hiba warga maya hingga menjadi tular selain ramai yang memuji tindakan Siti.
Tak boleh berjalan
Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, abangnya OKU fizikal sejak dilahirkan dan sudah tidak boleh berjalan sejak berumur 15 tahun."Di sebalik kehidupan dan keceriaan yang orang lihat pada saya selama ini, ramai tidak tahu saya mempunyai abang OKU. Dia adalah kekuatan saya. Kalau anda tanya kenapa saya boleh kuat berdepan macam-macam dugaan, semuanya kerana dia.
"Sejak tidak boleh berjalan, abang memang perlu diuruskan sepenuhnya. Pendek kata, kena ada yang bantu. Kalau nak tahu, dulu abang menjaga kami adik beradik ketika masih kecil, termasuklah saya.
"Jadi, apabila dah besar saya berjanji pada diri, selama saya masih hidup saya akan menguruskannya sampai bila-bila. Saya takkan tinggalkan dia, saya akan menjaganya sampai hujung nyawa saya. Sebab dia dah banyak tolong dan berikan semangat pada saya," katanya.
undefined
Terus hidup selagi bernyawa
Menurutnya, abangnya juga insan yang banyak memberikan contoh untuk menjadi insan yang terbaik."Abang selalu cakap pada saya, selagi kita bernyawa apa pun yang berlaku kena teruskan kehidupan. Kita kena kuat menghadapi setiap apa yang Allah uji. Percayalah, lagi besar dugaan Allah bagi, lagi tinggi darjat Allah nak bagi pada kita.