Selepas ditayangkan Selasa lalu, filem arahan Syahmi Sazli, 35mm menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton.

Menerusi beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata memuji gaya pengarahan sutradaranya, Syahmi Sazli yang sebelum ini mencipta nama menerusi filem Mael Totey.

“Satu permulaan yang terbaik selepas Mael Totey. Teruskan melangkah menghasilkan filem-filem yang lain dari yang lain. Dua anak Kelate yang terbaik Dalam pengarahan: Bos Sabri Yunus dan Syahmi Sazli,” ujar netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menyambut baik cara Syahmi yang memilih pelakon-pelakon istimewa untuk membintangi filem arahannya.

“Tapi banggalah sebab Syahmi ambik orang istimewa belakon sekali, bukan senang. Syahmi pula bukannya orang dari filem ke TV ke gapo, tapi boleh buat filem setaraf ni doh. Semoga maju Jaya Syahmi,” luahnya.

35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.

Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.


Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!