Pelawak dan pelakon, Zizan Razak mendapat perhatian netizen selepas menghadiahkan sebuah motor berjenama Yamaha model Xmax 250 kepada abangnya.

Menerusi video tular yang dimuat naik di TikTok, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak dilihat membawa abangnya, Hafiza Razak ke sebuah kedai motosikal.

Difahamkan kedai motosikal tersebut dimiliki oleh personaliti media sosial iaitu Boss James.

Apa yang membuatkan netizen berasa terharu adalah apabila Zizan memberikan kejutan kepada abangnya di lokasi berkenaan.

Wajah abangnya yang berubah kerana terkejut dan tersenyum kegembiraan membuatkan netizen terasa puas melihat situasi itu.

Dalam pada itu, ruangan komen pada hantaran video itu juga semuanya dilihat positif.

Rata-rata netizen memuji sikap Zizan yang menghargai adik-beradik selain tidak lokek untuk berkongsi rezeki.

Malah netizen juga menjadikan Zizan sebagai contoh yang baik kerana mengutamakan adik-beradik.

Gempak kongsikan momen manis berkenaan di bawah:

@hafizarazak869 Alhamdulillah rezeki… Kena suprise moto… Thanks my adik @zizanrazak869 @Boss James @Dr Davina Markus ♬ original sound - Hafizarazak869