Nikita Willy memang terkenal dengan kekayaan yang dikumpul secara peribadi sejak menjadi artis dari kecil.
Selain itu, kekayaannya bertambah selepas dia berkahwin dengan cucu pemiliki syarikat pengangkutan Indonesia, Blue Bird, Indra Priawan.
Walaupun kini sudah jarang tampil sebagai pelakon, peminat dan netizen tetap mengikuti perkembangan Nikita melalui media sosialnya seperti Instagram.
Nikita yang sering berkongsi aktiviti hariannya sebagai ibu Issa Xander Djokosoetono bagaimanapun membuat netizen heboh selepas menonton video pendek yang dikongsikan baru baru ini.
Dalam video tersebut, Nikita berbagi rutin petang dan waktu untuk anak lelakinya berehat atau tidur bermula pukul 6 petang waktu tempatan.
Pelakon yang terkenal dengan naskhah Terlalu Tampan itu kelihatan asyik memandikan Izz.
Namun apa yang menjadi perhatian netizen kerana Nikita memandikan anaknya dengan produk mandian mampu milik dan kerap digunakan oleh hampir seluruh masyarakat Indonesia.
Netizen berasa tindakan Nikita untuk tidak memandikan anaknya dengan produk dari jenama lebih mahal kerana sangat mampu berbuat demikian sebagai sebuah perbuatan yang sangat merendah diri.
Ada dalam kalangan netizen yang menyifatkan mereka kini ‘satu level’ dengan Nikita, apa lagi mengenangkan bilik tidur bayi tersebut sahaja sangat besar sehingga boleh dijadikan tempat membuat latihan sukan.
“Sekelas Nikita Willy pakai Zwitsal,” tulis seorang netizen.
“Meskipun kamar Issa bisa buat latihan tim Indonsia, anaknya tetap pakai zwitsal,” tulis yang lain pula.
“Sekurangnya saya boleh meniru sikap sederhananya. Kita sama pakai Zwitsal sejak bayi sampai empat tahun,” kata yang lain pula.
"Serius pke zwitsal? Orang yang cukup cukup makan pun pakai jenama lagi mahal,” kata seorang lagi di ruangan komen.
Harga produk Zwitsal yang sangat terkenal di negara tersebut diketahui dalam lingkungan belasan hingga puluhan ringgit Malaysia.
Maliah Surip
Sat Feb 04 2023

![[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…” [VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-172.png?ext=.png)
[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”
Semoga DD sentiasa kuat...

“Yeay, Purple! Cantik Buat Baju Raya Ni” - Netizen Happy! Teka Tepat Warna Baju Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja
Seronok main teka-teka warna baju hehehe.

“Jika Semua Dah Teratur Saya Akan Kembali” - Jadi Usahawan, Nynaa Harizal Nafi Berhenti Berlakon
Bukan senang nak jadi usahawan.

Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar - “Perlu Betulkan Yang Berkecamuk Dengan Sarah Dulu”
Semoga dipermudahkan
![[VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - “Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia…” [VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - “Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-171.png?ext=.png)
[VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - “Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia…”
Suka tengok hubungan Datin Red & Adira.

“Sudah Tiba Masanya…” - Usia 34 Tahun, Mesut Ozil Umum Bersara Dari Dunia Bola Sepak
All the best Ozil.

Nabil Ahmad Tegaskan Tanda ‘Allah Yang Satu’ Bukan Untuk Dipermainkan - “Jangan Libatkan Agama Dengan…”
Ada betul cakap Nabil tu...

“Mungkin Ibu Mahu Saya Ceraikan Sarah, Maaf Tidak Boleh” - Syamsul Yusof
Syamsul ada pilihan sendiri

13 Tahun Lagu Ramadan Datang Popular, Tompi Rakam Lagu Kerohanian Kerana Sikap Generasi Muda
Dah usia 13 tahun dah lagu tu.

Ada 100 Juta Pendengar Secara Strim, The Weeknd Dinobatkan Artis Paling Popular Dunia
Power The Weeknd ni.