Netizen Rayu Malaysia Airlines Terbangkan Adik Ainul Ke UK, Ini Respon Pihak Mereka...
Netizen memohon pihak Malaysia Airlines (MAS) untuk menerbangkan adik Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin ke United Kingdom (UK) untuk bertemu pakar perubatan dan mendapatkan rawatan segera.
Membuat rayuan terbabit di laman sosial Twitter, seorang pengguna @shfiqzahari menulis agar pihak MAS dapat menerbangkan keluarga itu ke UK dalam kadar segera.
Mendapat perhatian pihak tersebut, MAS mengucapkan terima kasih kepada warga Twitter yang menghubungi mereka tentang isu ini.
“We are aware of baby Ainul’s condition and the Malaysia Airlines family will continue keeping her, and her family in our thoughts and prayers.
“We will also be reaching out to Dr. Amalina and her medical team for more information in the coming days," respon syarikat penerbangan itu di laman rasmi Twitter mereka.
Terdahulu, Dr. Amalina dan sekumpulan pakar perubatan di UK sudah bersedia untuk merawat bayi perempuan berusia lapan bulan itu yang menghidap ketumbuhan Germ Cell Tumor di bahagian mulut.
Ada juga netizen yang turut memohon rayuan daripada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan juga Neelofa selaku ahli lembaga pengarah AirAsia.
Tweet pengguna tersebut telah mendapat hampir 9,000 retweet dan pastinya sokongan padu seluruh rakyat Malaysia.
Mereka turut sama-sama berdoa agar pihak MAS segera menerbangkan keluarga adik Ainul dan segala urusan mereka dipermudahkan.