Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah Love Yourself: Speak Yourself di Stadium Wembley, London baru-baru ini.

Bagaimanapun, menerusi laman sosial netizen mula meluahkan rasa bimbang dan khuatir seandainya konsert tersebut akan merosakkan kondisi padang bola sepak yang merupakan tempat berlangsungnya perlawanan antara club Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur itu.

Melihat kepada topik hangat tersebut, Tottenham tampil memberikan kenyataan rasmi mengenai perkara itu menerusi Facebook rasmi mereka.


“Ketika bukan musim bola sepak, Wembley sering sahaja dijadikan tempat untuk mengadakan konsert.

“Malah, Taylor Swift dan Edd Sheeran juga pernah mengadakan konsert di Wembley ketika musim panas lalu.

“Tahun ini pula di mulakan dengan BTS dan kemudiannya Spice Girls, Bon Jovi, Eagles, Pink dan ramai lagi bakal melakukan konsert di sana pada musim panas ini.

“Jangan bimbang, kami juga menantikan kunjugan dari bintang lain yang mewakili Korea bersama Song Heung Min (salah seorang pemain Tottenham) di Wembley!” tulisnya.

Terdahulu, BTS bakal mengadakan siri jelajah dunia “Love Yourself: Speak Yourself,” di enam buah negara.

Enam lokasi tersebut adalah Los Angeles (Rose Bowl Stadium), Chicago (Soldier Field), New Jersey (Metlife Stadium), Sao Paulo (Allianz Parque), London (Wembley Stadium) dan Paris (The Stade de France).

Sumber: Allkpop / Soompi