HIBURAN

Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Dolla Di Latihan Pestapora, Tanya Mana Etika Pemakaian - “Kenapa Artis Luar Buat Konsert Ada…”

Asyraf Roslan 27/07/2025 | 23:56 MYT

Kumpulan Dolla menyorot perhatian netizen selepas membuat persembahan di Latihan Pestapora baru-baru ini.

Tampil dihadapan ribuan penonton, Dolla yang dianggotai Tabby, Angel dan Sabronzo menerima kritikan daripada netizen kerana berpakaian seksi semasa acara tersebut.

Menerusi perkongsian video di Tiktok, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan busana yang dikenakan oleh pelantun lagu Bad itu.

Meninjau ke ruangan komen, netizen mempertikaikan soal etika berpakaian artis tempatan sewaktu membuat persembahan terbuka.

“Saya tak faham kenapa mereka lepas dengan pakaian macam ni. bukan ke artis juga ada etika berpakain ketika buat persembahan?

“Kenapa Artis luar buat konsert Ada etika pemakaian n artis dalam negara tak de etika ke?

“Orang Korea datang Malaysia pun pakai sopan, diaorang ni 🤦

“Malaysia dah xde Sop Untk pakaian ke ek??? tanya jee....

“Rumah hijau bnyk bju ..klu mereka x ckop kain.

“Kenapa penyanyi malaysia etika bju bebas bebenor ea?? klo artis luar ketat,” tulis netizen.
#Seksi #DOLLA #Latihan #Pemakaian #Pestapora'