Netizen Samakan Baju Drake Dengan Uniform Pekerja Restoran Pelita Nasi Kandar

Amri Hassan
Julai 25, 2017 12:31 MYT
Sekeping gambar penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Drake, telah disamakan netizen dengan pekerja restoran mamak popular, Pelita Nasi Kandar.
Drake dirakam dalam sebuah acara pentas menyarung sepasang baju dan seluar bercorak biru dan keemasan yang mirip uniform pekerja restoran 24 jam itu.
Kreativiti netizen yang melangkaui batas fikiran turut menyunting gambar penyanyi itu dan dipadankan dalam aksi pekerja restoran yang sedang bertungkus lumus menyediakan makanan.
"Setelah mengalami masalah depression kronik, Drake ambil keputusan tinggalkan dunia seni dan berhijrah ke Malaysia," tulis pengguna laman sosial Twitter yang dipercayai menyunting foto terbabit, @headsink.

Setelah mengalami masalah depression kronik, Drake ambil keputusan tinggalkan dunia seni dan berhijrah ke Malaysia. pic.twitter.com/sJ3EzlkZc6

— Headsink (@headsink) July 23, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gambar itu bagaimanapun telah mendapat lebih 9,000 kali kicau semula (retweet) dan 3,800 like.
Netizen juga aktif memberikan komen yang lucu berdasarkan gambar terbabit.
"Pilihan bijak berkawan dengan mamak-mamak mesra Malaysia," tulis @NzrulNizam.
"Hahaha adik-beradik hang lah ni. Pinggan kosong pun panas seh," komen @zubaikzolkifle.
Selain dalam negara, netizen luar negara turut mengkritik aksi Drake yang berdiri tegak sambil memegang mikrofon.
Ada yang menyifatkan aksi itu seperti sedang ujibakat malah lebih kelakar ada yang menyamakan Drake seperti sedang membuat pengumuman mengalihkan kenderaan.
Drake, 30, pernah bercinta dengan penyanyi Rihanna sekitar tahun 2009 namun putus tiga tahun kemudiannya.
Teks oleh: Amri Hassan
#Viral #Hollywood #Drake #Hollywood #Viral #Nasi Kandar Pelita