Gaya Hidup
Netizen Samakan Little Miss Khan Dengan Buaya... Siapa Tiru Siapa Ni?
Baru-baru ini, personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) telah dilantik menjadi 'muse' untuk koleksi lebaran pereka fesyen terkemuka, Rico Rinaldi.
Namun, entah bagaimana, tiba-tiba gambar sesi fotografi LMK yang dimuat naik di Instagram miliknya menjadi viral apabila disamakan dengan seekor buaya.
Semuanya gara-gara gambar buaya berkenaan turut dihiasi dengan beberapa 'props' rama-rama.
Imej terbabit kemudian disamakan dengan gaya LMK yang turut menggunakan elemen sama.
Ramai pengguba laman sosial yang menganggap imej terbabit sebagai pelanduk dua serupa dan tidak kurang juga, ada yang bergurau dan meminta LMK menyaman buaya terbabit kerana mencuri gayanya.... Kelakarlah netizen!
Ini antara komen mereka yang menyamakan gaya LMK dengan buaya:
Saman buaya ituu! pic.twitter.com/cXszhRhwlb— AbedenMung ? (@tkdnxv) April 16, 2019
Pelanduk dua serupaaaa
— catchiiiiieee (@fatin_syhrin) April 16, 2019
dua tiru little miss khan
— Marou Apple Hijau ? (@marouapplehijau) April 16, 2019
Must-Watch Video