Apa yang kita anggap sebagai sampai barangkali menjadi benda yang berharga buat orang lain.

Mungkin perumpamaan ini tepat sekali menggambarkan situasi rakaman video memaparkan individu yang didakwa sebagai tukang cuci yang tular baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di TikTok, individu berkenaan dilihat menguis-nguis sebuah plastik sampah yang dikatakan mengandungi barang permainan di dalamnya.
@azzx970 GEMBIRA terletak dimana kita BERSYUKUR apa yang ada #fypシ゚viral #anak #hargai ♬ Kamu Dan Kenangan - Shanna Shannon

“Pagi ini nak sidai kain tersentuh hati tengok mereka pilih mainan dari tong sampah. Orang kaya: ‘Kita buanglah mainan lama ni nak nanti kita beli baru.’

“Orang susah: ‘Mainan elok lagi ni. Bawa balik rumah bagi anak-anak mesti mereka seronok,” tulis pemilik video berkenaan.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa sedih terhadap perkongsian berkenaan.



Selain itu, ada juga memberi cadangan supaya sesiapa yang ingin melupuskan apa-apa barangan untuk meletakkan label pada bahagian luar plastik pelupusan.

Hal ini kerana, jika ada yang berminat dengan barangan yang masih boleh digunakan boleh mengambilnya dengan mudah.


Sumber: TikTok

BERITA TRENDING: Sambut Hari Jadi Sendiri, Tiup Lilin Pacak Atas Burger Tepi Jalan! Netizen Tersentuh Lihat Momen 'Self Healing' Lelaki…

BERITA TRENDING:Berjurai Air Mata Sajat Dapat Dengar Suara Anak Di Telefon, Netizen Turut Tersentuh - "Faham Perasaan Rindu Anak…

BERITA TRENDING: “Mula Mula Saya Tak Faham Kenapa Orang Kata Rindu…” - Maryam Sebak, Tak Sabar Nak Tunai Umrah