Netizen Sebak Tengok Reaksi Anak Orang Asli Dapat Hadiah Telekung - "Ada Sehelai Je, Pakai Dah Sampai Lusuh"
Amri Hassan
05/05/2021 23:55 MYT
05/05/2021 23:55 MYT
"Pahala sedekah dapat, pahala orang pakai untuk beribadah pun dapat," demikian komen yang ditulis netizen menerusi sepotong video anak-anak Orang Asli mendapat hadiah telekung solat menjelang sambutan Syawal tidak lama lagi.
Video yang tular di media sosial itu memaparkan sekumpulan anak Orang Asli yang menerima hadiah telekung solat daripada syarikat pakaian muslimah terkenal, Munawwareen.
Kata pemiliknya, Aliza Abu Bakar, hatinya sayu ketika melihat reaksi mereka mendapat hadiah telekung ketika kunjungannya di komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang baru-baru ini.
"Allahuakbar! sayu hati... Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira.
"Tapi kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. belum pernah saya melihat ada orang sebak apabila menerima hadiah telekung.
"Biasanya, orang yang dah berumur je yang paling excited dapat telekung. Sedangkan adik Azura Anjau ni masih muda remaja. Sejujurnya, air mata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh," katanya.
Cerita Aliza lagi, Azura memberitahunya dia sudah lama mengimpikan untuk mempunyai sehelai telekung yang cantik dan mewah namun tidak berkemampuan.
"Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh.
"Tanpa saya sedar, air mata yang cuba saya tahan jatuh juga bergenang ketika saya dalam perjalanan pulang. Saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, kepada komuniti orang asli dan amat terharu apabila mereka menerima pemberian saya dengan hati yang terbuka.," cerita Aliza lagi.
Pada 20 April yang lalu, Munawwareen mengambil kesempatan di bulan Ramadan untuk mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong.
Selain telekung, pihaknya juga memberikan barangan keperluan dapur antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan mineral water kepada 40 keluarga yang menetap di perkampungan itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.