Skip to main content

Viral

Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”

untitled-design-(2)_3.png

Satu video di Platform X baru-baru ini tular selepas memaparkan seorang individu merungut apabila keretanya terkena cebisan rumput ketika dia sedang menunggu di kawasan lampu isyarat.

Dalam entri berkenaan, dapat didengari empunya kereta meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pekerja yang sedang melakukan proses pembersihan selepas kereta yang baru saja dicuci, dikotori oleh cebisan tanah dan rumput.

“Aku marah ni! La ilaha illallah…Kereta dah lah baru basuh! Ya Allah Ya Rabbi, apa benda ni, apa benda ni!,” getus individu berkenaan.

 

Must-Watch Video

Advertisement