Viral

Netizen Selar Tindakan Lelaki Bergasak Di Majlis Kahwin, Minta Jaga Adab - "Dah Tua Perangai Macam ..."

gempak
Gempak
23/01/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Selar Tindakan Lelaki Bergasak Di Majlis Kahwin, Minta Jaga Adab - "Dah Tua Perangai Macam ..."
Baru-baru ini, satu video tular menyaksikan dua orang lelaki bergaduh dalam sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi entri berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat dua orang individu secara tiba-tiba bertumbuk tanpa diketahui sebabnya.

BERITA TRENDING: "Bodoh Jenis Apa…” - Netizen Geram Tengok Sekumpulan Individu Berkelah Dekat Kubur, Siap Bawa…

Bagaimanapun, perkelahian antara dua individu tersebut berjaya dihentikan oleh orang ramai yang berada di sekitar majlis. Menjengah ke ruangan balas Platform X, rata-rata netizen menyelar tindakan kedua-dua lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai memalukan.
Antara komen yang diterima:
“Jaga lah tatasusila dan adab. Patutnya makin berisi makin tunduk dan bukan menunjuk,”
“Dah tua perangai macam ni malu weh!”
Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan bahawa pertengkaran antara dua pihak itu sekadar konten semata-mata.
“Berlakon je ni, drama lah sangat,”
“Ni mesti hujung-hujung nyanyi lagu Happy Birthday ramai-ramai,”
“Konten je ni.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir satu juta tontonan dan lebih 4,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024