Momen mencemaskan berlaku buat pengguna jalan raya apabila sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail dilaporkan tumbang.

Menerusi video tular media sosial yang sempat dirakamkan oleh pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian menyaksikan pokok tumbang itu menghempap landasan monorel dan kenderaan yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang itu turut mengakibatkan kesesakan teruk di lokasi berkenaan.

Setakat ini pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, sudah menggerakkan beberapa jentera dan anggotanya ke lokasi kejadian.

Difahamkan, laluan kedua-dua hala di lokasi kejadian ditutup buat sementara.