HIBURAN

Netizen Sepakat! Muhammad Endra Menang ‘Kim Seon-Ho Smile Challenge’ - “Lain Macam Wakil Malaysia”

Asyraf Roslan 21/04/2025 | 12:25 MYT

Anak kepada pelakon Eyra Hazali dan penjaga gol skuad kebangsaan, Haziq Nazli iaitu Muhammad Endra berjaya mencuri tumpuan ramai apabila menyertai cabaran viral “Kim Seon-ho Smile Challenge” yang kini tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, aksi comel Endra yang meniru senyuman ikonik pelakon terkenal Korea, Kim Seon-ho telah disunting bersama klip individu lain dari beberapa negara seperti Thailand, Vietnam dan Filipina.
Walaupun masih kecil, Endra berjaya mencuri perhatian netizen dengan gayanya yang bersahaja itu.
Malah Rata-rata warganet berpendapat Endra adalah 'pemenang sebenar' dalam trend berkenaan.
“Halah comelnya Endra.
“Endra won this trend.
“Endra look like Kim Seon Ho.
“The kid is the most cutest.
“Lain macam wakil Malaysia.
“Endra totally win.
“Endra dah level international,” komen netizen.
Untuk makluman, Kim Seon-ho telah membuat penampilan khas dalam siri Netflix When Life Gives You Tangerines (2025) hasil tulisan Lim Sang-choon dan arahan Kim Won-seok.
Dalam salah satu babak, senyuman Seon-ho telah mencetuskan fenomena global hingga lahirnya “Kim Seon-ho Smile Challenge” di mana peminat dari seluruh dunia mencuba untuk meniru senyuman ikonik aktor tersebut.

Eyra Hazali dan Haziq Nazli berkahwin pada 1 November 2019. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish (5 tahun), Muhammad Endra Haqimie (3 tahun) dan Muhammad Hud Ezqandar.

#Eyra Hazali #Kim Seon-Ho Smile Challenge #Muhammad Endra