HIBURAN
Netizen Seronok Tengok Anak Adira Suhaimi Catwalk, Siap Puji; "Memang Power Confident..."
Hantaran penyanyi, Adira Suhaimi berkaitan anak pertamanya, Anggrek menyorot perhatian netizen.
Menerusi video singkat yang dimuat naik di TikTok berkenaan, dapat dilihat puteri kepada pelantun lagu Kasih itu dengan yakinnya berjalan seakan-akan model sambil disaksikan oleh ramai pihak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh anak perempuan Adira itu.@adirasuhaimi.ami Settel 🤍❤️♬ Mantra - JENNIE
“Keyakinan diri dia memang powerlah!
“Fuh mantap Anggrek.
“Kelas kau dik, boleh ganti Adira dah.
“Kalah mummy dia, letup sangat," komen beberapa netizen.
Sekadar info, Anggrek merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Adira dan Datuk Red. Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 24 April 2024.
Selain Anggrek, mereka dikurniakan tiga lagi cahaya mata lain iaitu Asan, Anggun, dan Ayob.
BERITA BERKAITAN: Reda Jika Tiada Jodoh, Datuk Red Dedah Ada Lelaki ‘Kaya’ Cuba Dekati Adira Suhaimi - “Dia Tengah Tunggu Masa Sesuai Nak…”
BERITA BERKAITAN: Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”
Must-Watch Video