Laman Utama

Netizen Sifatkan Abdurrahman Kuat Iman

Maliah Surip
03/09/2023
07:03 MYT
Berita kemalangan maut yang membabitkan enam sekeluarga di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Segamat masih menjadi tumpuan netizen.
Selain mengikuti rapat perkembangan terkini termasuk berita kesemua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa, Johor Bahru, netizen melahirkan simpati dan doa buat anak sulung mangsa, Abdurrahman.
Hal itu selepas sepotong video Abdurrahman, 19, berada di dalam masjid sewaktu menguruskan enam ahli keluarganya yang dijemput Ilahi sekelip mata menangis dan hampir pengsan tular di media sosial.
Menerusi rakaman tersebut, Abdurrahman yang memakai baju melayu berwarna biru beri minum air dan ditenangkan oleh orang ramai yang berada di dalam masjid bagi memberi penghormatan terakhir, melakukan solat jenazah buat enam sekeluarga tersebut.
Abdurrahman dipercayai berada dalam keadaan lemah kerana belum menjamah makanan sejak pagi sehingga urusan solat jenazah di masjid.
“Kuatnya Iman kerana mampu menjadi imam solat jenazah buat semua kesayangan beliau. Muda tapi hebat,” tulis seorang netizen pada perkongsian video yang tular di media sosial.
“Moga Allah beri kekuatan kepada adik Rahman dan Allah sihatkan kembali adiknya yang sedang bertarung nyawa di ICU,” tulis seorang lagi.
Sementara itu ribuan ucapan doa yang meminta dua beradik tersebut tabah juga membanjiri ruangan komen di media sosial.
Terdahulu media massa melaporkan berlaku kemalangan pada 6.37 petang semalam melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah treler, sebuah Honda HRV, sebuah Proton Wira, sebuah Perodua Bezza dan Perodua Alza yang dinaiki mangsa sekeluarga.
Pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anaknya Fatimatulzahrah,17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah,10; dan Muhammad Assyakrawi, 5; yang maut dikebumikan dalam satu liang lahad.
Sementara seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga mangsa kemalangan, Abdullah, 15, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ini Sebab Munaa Bella Dah Mula Ambik Gambar Banyak-Banyak - “Sebab Itu Sahaja..."

gempak
13/09/2023
02:50 MYT
Sama-sama kita beringat.
Laman Utama

Tiz Zaqyah Syukur Rezeki Dapat Melawat Abdurrahman, Sampai Ke Muar Hantar Sumbangan

gempak
05/09/2023
05:43 MYT
Abdurrahman tersenyum bergambar sebelah Tiz Zaqyah
Hiburan

“Awal-Awal Tak Minat, Tapi…” - Konsep 'Mockumentary' Filem Keluarga Iskandar Dipuji Ramai!

gempak
08/08/2020
09:53 MYT
Konsep berkenaan sebenarnya dikenali sebagai 'mockumentary' .
Laman Utama

Ramai Minta Keluarga Iskandar Sambung Musim Ke-3? Ini Jawapan Pengarahnya!

gempak
07/08/2020
08:30 MYT
Ramai peminat setia drama Keluarga Iskandar mengharapkan supaya kesinambungan daripada filem itu diteruskan.
Laman Utama

“Tolonglah Guna Saluran Yang Betul” - Pengarah Keluarga Iskandar The Movie Mohon Orang Ramai Banteras Jenayah Cetak Rompak E-Dagang

gempak
05/08/2020
09:51 MYT
Filem termasuk KITM dan Ada Apa Dengan Dosa dikesan dijual tanpa kebenaran penerbit di sebuah platform e-dagang.