Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Netizen Spekulasi Sedang Berbadan Dua, Ini Jawapan Nad Zainal

Zulaikha Yusof
27/01/2020 02:10 MYT
Pelakon Nad Zainal telah mendapat perhatian netizen selepas memuat naik sebuah rakaman video menahan diri daripada muntah ketika menjalankan penggambaran.

Jelas Nad, dia tidak tahu punca badannya berasa tidak sihat.



"Baru nak acah-acah jadi hos program makanan.. Tak taulah kenapa badan Nad hari ni tak berapa sedap.

"Doakan moga sihat-sihat saja. Huhuhu. Insya-Allah nanti Nad update apa yang patut ya," tulisnya di Instagram (IG).

hmmmm... baru nak acah-acah jadi hos prog makanan.. Tak tau la napa badan nad hari ni tak berapa sedap. Doakan moga sihat-sihat saja. Huhuhu . Insyaallah nanti nad update apa yang patut ya. ? . #mug #taksedapbadan

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mula berspekulasi menyatakan Nad sudah berbadan dua.

Walau bagaimanapun menerusi Instagram Stories, Nad menyatakan dirinya dalam keadaan baik.

"Pantang mual je mengandung ya. Penat pun mual, low blood pun mual tau.

"Ahahaha thank you tapi I'm okay," tulisnya lagi.



Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim.
#Nad Zainal
;