,
Hiburan

Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

Mya Amri
01/09/2024
23:52 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie memohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa dengan hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik hidung.

Bukan nak buka aib

Menurut Zarina atau lebih mesra disapa Anju, pendedahan yang dilakukan itu bukanlah bertujuan untuk membuka aib sendiri.
Sebaliknya, dia hanya melakukan kerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai pempengaruh yang ditaja serta dibayar sepenuhnya oleh klinik kecantikan itu.
“Dan dan pula semua orang sekarang kata hidung Anju dulu lagi cantik. Sedangkan setiap kali saya buat siaran langsung, separuh daripada kamu cakap hidung Anju sengetlah, bengkaklah.
“Sekarang tiba-tiba semua orang komen hidung dulu lawa. Tak apalah benda dah jadi pun.

“Minta maaf semua, saya posting bukan sebab nak buka aib sendiri dan tak hormat semua. Ia adalah tajaan sepenuhnya oleh doktor.

“Tambahan pula dia bayar saya untuk datang dan kasi token,” jelasnya.

Punca pencarian rezeki

Menerusi hantaran yang sama di Instagram, Anju menjelaskan kerja itu merupakan salah satu punca pencarian rezekinya.

“Tolong faham, ini punca rezeki saya walaupun tak banyak, duit ini juga saya nk bawa balik bayar yuran sekolah anak, beli barang dapur dan bayar yuran mengaji dia.

“Bukannya untuk saya nak beli bag baru ke, BMW ke nak tayang dekat IG. Bukan saya bangga dan riak riak nak post.
“Itu adalah kerja saya, saya minta maat jika posting saya menyakitkan hati anda tetapi tolonglah faham, saya hanya menjalankan tugas saya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

ARTIKEL BERKAITAN:Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

ARTIKEL BERKAITAN:Zarina Anjoulie Tak Malu Mengaku Pernah Buat Pembedahan Plastik - “Apa Yang Buat Rasa Hina, Potong Usus Tapi Dia Claim Diet”

ARTIKEL BERKAITAN:"Orang Tak Nak Berkawan Dengan Dia Sebab Dia Busuk Hati" - Zarina Anjoulie

Terima kasih beri teguran

Dalam pada itu, Anju juga mengucapkan terima kasih atas teguran orang ramai kerana itu menunjukkan mereka mengambil berat tentang dirinya.

“Tapi saya masih gembira kerana ramai yang tegur dan ini menunjukkan anda semua masih mengambil berat, alhamdulillah saya sangat bersyukur.

“Tapi sekali lagi saya ingin tegaskan, saya berada di sini kerana ia ditaja dan saya dibayar. Tidak banyak, tetapi cukup untuk sesuap nasi dan yuran sekolah anak.
“Saya sayang anda semua dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi menegur saya," tulisnya.
Berikut merupakan kenyataan penuh Anju:
Terdahulu, Anju menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju berkata, pembedahan tersebut dilakukan di sebuah klinik di Vietnam dan kini dirinya memerlukan rehat yang cukup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Adalah Buruk Tapi Saya Rasa Macam Bukan Diri Saya” - Zarina Anjoulie Bakal Buang Implan Hidung

gempak
22/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie tidak menolak untuk membuang implan pada bahagian hidungnya walaupun sudah melakukan pembedahan plastik.
Hiburan

Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"

gempak
21/08/2024
12:25 MYT
Pelakon, Fatiya Latiff baru-baru ini mengakui bahawa dirinya ada membuat prosedur kecantikan pada bahagian wajah kerana faktor usia yang semakin meningkat.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Viral

Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

gempak
30/07/2024
15:35 MYT
Pempengaruh, Andika Putera akhirnya tampil melakukan permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi mengenai hal rumah tangga bersama bekas isteri, Ananda Natasha.
Viral

Dikecam Sebab Pakai Purdah Ketika Ikuti Kelas Agama, Stylist Lelaki Popular Ini Minta Maaf

gempak
23/07/2024
23:55 MYT
Penata gaya atau stylist, Wanda Hara akhirnya mengakui kesilapan gara-gara mengenakan tudung ketika menghadiri pengajian Ustaz Hanan Attaki yang diadakan pada Sabtu.
BorakSeeni