Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Suka Watak Yah Kuchei Lebih Banyak Dialog - “Scene Yah Pun Banyak, Puas Dengar”

Azwa Rahman
08/06/2021 06:36 MYT
Francais Kampong Pisang yang mendapat sambutan ramai tampil dengan edisi Syawal iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa bermula 27 Mei lalu.

Selepas kejayaan meraih hampir RM5 juta di Astro First menerusi 18 Puasa di Kampong Pisang, penonton dihidangkan dengan gelagat mencuit hati mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri menerusi filem muzikal ini.

Selain jalan cerita dan pemilihan lagu yang menarik, salah satu watak yang mendapat perhatian ramai adalah Yan Kuchei yang dilakonkan oleh Afea Deanna.

Ramai wargamaya yang berpuas hati apabila watak Yah Kuchei diberikan lebih banyak dialog berbanding filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang disiarkan pada bulan Ramadan yang lalu.

“Saya berterima kasih kepada uncle Mamat sebab bagi saya kesempatan untuk ambil dialog yang banyak, ada lebih banyak screen time.

“Dan bila saya dapat tahu yang penonton suka dan puas hati dengan lakonan saya, saya teruja dan bahagia sebab mereka yang demand untuk watak saya ni diberikan lebih dialog dan screen time. Terima kasih kepada semua penonton juga,” ujar Afea ketika dihubungi Gempak.

Selain Afea, filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.

Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.
#mamat khalid #Yah Kuchei #Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa