Netizen Syak Filem Animasi Lightyear Tidak Dapat Ditayangkan Di Malaysia Kerana Ada Unsur LGBTQ?

Izwan Isa
Jun 14, 2022 03:50 MYT

Semalam, menerusi beberapa laporan media tempatan, filem animasi yang ditunggu-tunggu, Lightyear dikhabarkan tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan di Malaysia.

Baik pihak pawagam mahupun Lembaga Penapisan Filem (LPF), masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sebab utama filem yang menggunakan suara aktor Chris Evan itu tidak dapat ditayangkan di sini.
Bagaimanapun, menerusi komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial, rata-rata mengandaikan bahawa filem ini tidak mendapat kelulusan tayangan disebabkan babak bercium sesama gender yang ada dalam Lightyear.

- No reason has been given for the cancellation of the movie in Malaysia, but Lightyear has been the subject of much controversy over a scene featuring a kiss between a same-sex couple. pic.twitter.com/ITo3OOdaXM

— Zephyr (@rzephyr_) June 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, ada juga yang melahirkan rasa kurang puas hati dan meminta agar filem berkenaan ditayangkan dengan babak berunsur LGBTQ itu dipotong.
Namun, melihat pada sejarah penerbitan filem-filem terdahulu, Disney tidak membenarkan naskah terbitan mereka dipotong.
“Disney tidak membenarkan adegan dalam filem terbitan mereka dipotong. Tayang filem penuh atau jangan tayang langsung,” ujar seorang netizen.
Lightyear merupakan filem spin-off yang mengisarkan tentang watak Buzz Lightyear yang popular menerusi siri filem Toy Story.
Mengikut jadual tayangan, difahamkan filem arahan Angus MacLane itu sepatutnya menemui penonton pada 17 Jun ini.
Terdahulu, negara seperti China dan juga Mesir telah menyekat filem berkenaan daripada ditayang kerana mengandungi unsur yang serupa.
Untuk rekod, adegan berkenaan pada asalnya dikeluarkan daripada filem Lightyear. Namun, atas desakan kakitangan Disney serta Pixar, adegan tersebut dikembalikan semula.

#Pawagam Malaysia #Digam #Lightyear