Hiburan
“Netizen Tak Faham Erti Menjaga Hati Sesama Manusia” – Haqiem Rusli
Penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang gemar mencari keburukan orang lain.
Luah Haqiem lagi, mereka juga memberikan komen-komen negatif sehingga tidak sedar adakalanya kutukan mereka itu melampaui batas.
Bagaimanapun kata Haqiem, perkara itu jugalah yang membangkitkan semangat untuk membuatkan dirinya terus maju, kuat dan berjaya dalam kerjaya.
Advertisement
“Aku akan terus menaik meninggalkan semua kutukan dari sesetengah netizen yang tak pandai dan tak faham apa itu erti “menjaga hati sesama manusia”
“Dan mereka yang cakap belakang akan terus berada di belakang aku dan aku akan terus memaafkan. Pedih? Hadam,” tulis Haqiem di akaun Instagram (IG)nya semalam.
Dalam pada itu, rata-rata peminatnya meminta penyanyi muda itu untuk lebih tabah dan sentiasa kuat mengharungi liku-liku bergelar anak seni.
“Yes!! @haqiemrusli98_ yang mengutuk sebenarnya prihatin dengan anda. Anggap segala kutukan sebagai motivasi menaikkan prestasi. Go fight win,” -@innda_asmira
“Biarkan mereka mengata kerana manusia yang kurang pandai untuk memilih antara syurga atau neraka sahaja akan terus mengata. Sabar bro,” -@elmajulkapli
Foto: Instagram @haqiemrusli98_
Must-Watch Video