HIBURAN
Netizen Tak Move On, Lagu Bukan Lagi Kita Raih Carta Nombor Satu Di Setiap Platform Muzik Di Malaysia
Selepas dinobatkan sebagai naib juara di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini terus mencipta kejayaan luar biasa di pelbagai platform muzik di Malaysia.
Menerusi pengumuman di akaun Instagram Rocketfuel, lagu ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh itu berjaya menduduki tangga pertama di semua platform muzik utama di negara ini.
“Tahniah diucapkan kepada Nadeera atas pencapaian lagu Bukan Lagi Kita ciptaan Hael husaini dan Iqie hugh seperti yang tertera di bawah:
#1 on Spotify (Malaysia)#1 on Apple Music (Malaysia)
#1 on Youtube Music (Malaysia)
#1 on iTunes (Malaysia)
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan bangga dengan kejayaan Bukan Lagi Kita, malah ramai yang mengakui mereka mendengar lagu ini berulang kali.
BERITA BERKAITAN: Hael Menangis Lihat Persembahan Nadeera, Peminat Terharu - “Dia Memang Nak Angkat Nadeera Dalam…”
BERITA BERKAITAN:“Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ Menceritakan Kisah Hidup Saya” - Nadeera Kongsi Simbolik Tukar Warna Baju Atas Pentas
BERITA BERKAITAN: Nama Dipetik Terkait Isu Tangkap Khalwat Dengan Suami Orang, Nadeera Maafkan Pemfitnah - “Saya Tak Ambil Peduli, Itu Bukan Saya”
BERITA BERKAITAN: Bantu Rakan Artis Turun Naik Tangga, Netizen Puji Sifat Gentleman Hael Husaini - “ Tak Sia-sia Minat Dia Dari…”
Bukan itu sahaja, ada juga yang berharap lagu ini bakal tercatat dalam Malaysia Book of Records atas pencapaian luar biasa tersebut!Antara komen yang ditinggalkan:
“New record untuk Malaysia Book of Records.”
“Saya dengar lagu ini berulang ulang kali! Puas hati betul sambil bayangkan the fallen veil. Gila la!”“Sehari je saya dah dengar lagu ni lebih 10 kali,” komen dari netizen
Must-Watch Video